Sabtu, 16 Januari 2010

Ada Syarat Sebelum Beli Gula

SABAH DAILY


SANDAKAN: Akibat kekurangan bekalan gula di daerah ini beberapa kedai runcit di sini telah mengenakan syarat kepada pengguna yang ingin membeli gula.

Antara syaratnya, pelanggan yang hendak membeli gula perlu dahulu membeli barangan lain seperti susu dan sebagainya.

Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Sabah-Labuan (Cash) yang juga Pengerusi persatuan itu bahagian Sandakan, Ali Ahmad mendakwa beliau adalah antara orang ketiga yang menjadi mangsa perbuatan beberapa kedai runcit di pusat bandar ini.

“Seminggu lalu beberapa pengguna datang ke pejabat saya dan membuat aduan mengenai tindak-tanduk beberapa premis kedai runcit yang menjual gula dengan mengenakan syarat kepada pengguna yang sama,” katanya

Akibat tidak yakin dengan aduan itu, Ali sendiri telah pergi ke sebuah kedai runcit yang terletak di Jalan Lima pada keesokan harinya dan bertanyakan tentang gula kepada salah seorang pembantu kedai itu.

Ali berkata dia agak terkejut apabila diberitahu: “Jika mahu membeli sekilo gula anda perlu membeli terlebih dahulu barang-barang lain.”

“Untuk membuktikan kenyataan ini saya telah mendapat resit pembelian tersebut dari premis berkenaan dan apabila memperkenalkan diri saya pemimpin Cash, pemilik kedai itu agak terkejut,” katanya.

Ali berkata sebelum itu seorang pemimpin politik iaitu Bonney Juanico Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Sekong merangkap Timbalan Pengerusi Cash bahagian Sandakan adalah orang pertama menjadi mangsa perbuatan berkenaan

Ali meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Bahagian Sandakan supaya memantau kegiatan itu yang boleh mencetuskan kemarahan di kalangan pengguna..?

Tiada ulasan: