Khamis, 21 Mei 2009

Tambang baru bas, teksi bulan depan

MYMETRO


KUALA LUMPUR: Kadar tambang baru bas dan teksi dijangka diumumkan bulan depan, selepas semakannya dibawa ke Kabinet, akhir bulan ini.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran, berkata kadar tambang baru itu membabitkan bas henti-henti, bas ekspres, bas pengantara dan bas sekolah selain teksi dan kereta sewa.

“Kita sedang menunggu maklum balas daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum semakan tambang dibawa ke perhatian Kabinet akhir bulan ini,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Tiada ulasan: