Khamis, 21 Mei 2009

Syabas mula potong air

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjalankan operasi pemotongan bekalan air bagi akaun bil tertunggak pengguna di ibu negara dan kawasan sekitarnya bulan ini.

Menurut kenyataan syarikat itu semalam, operasi di kawasan Kuala Lumpur dan Hulu Langat akan dijalankan dari 25 hingga 29 Mei, manakala bagi kawasan Petaling dijalankan sepanjang bulan ini.

Bagi kawasan Kuala Lumpur, operasi itu akan membabitkan pengguna termasuk di Bangsar, Bukit Persekutuan, Taman Tunku, Jalan Ipoh, Jalan Kolam Air, Jalan Duta dan Jalan Kuching.

Kawasan Hulu Langat pula merangkumi Balakong, Bandar Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Taman Rakan, Taman Cuepacs dan Taman Prima Saujana.

Operasi kawasan Petaling pula membabitkan pengguna di SS12 hingga SS19, USJ 1 hingga USJ 26, Petaling Jaya Selatan, Bandar Puchong, Seri Kembangan, Serdang, Seksyen 1 hingga Seksyen 17 Petaling Jaya, Taman Tun Dr Ismail, Kelana Jaya, Seri Setia Sungai Way, Kampung Tunku, Seksyen 51 dan 52 Petaling Jaya, Sungai Buloh, Batu Tiga Shah Alam, Kampung Melayu Subang dan Glenmarie Shah Alam.

Sekiranya berlaku pemotongan, pengguna akan dikenakan caj RM50 untuk menyambung semula bekalan.

Sehubungan itu, pengguna dinasihat segera membayar bir air masing-masing bagi mengelakkan pemotongan.

Tiada ulasan: