Isnin, 4 Mei 2009

Minat Anak Muda Tidak Pernah DiPinggirkan

Wan Kay


KEMAMAN - PAS sebagai sebuah parti Islam, tidak menghalang aktiviti sukan dan rekreasi selagi mematuhi syarat-syarat dan etika yang bersesuaian dengan Islam, seperti berpakaian menutup aurat ketika menjalankan aktiviti berkenaan.

“Islam membenarkan aktiviti bersukan dan Rasulullah SAW juga pernah berlumba lari dengan isteri baginda, Ummu Aishah r.a dan Islam menggalakkan aktiviti memanah, berkuda dan berenang,” jelas Timbalan Yang Dipertua PAS Kemaman, Haji Hanafiah Mat pada majlis penutup Kejohanan Futsal Padang 6 Sebelah Tertutup Pemuda PAS Geliga Besar 2009, Chukai, dekat sini, semalam

Beliau yang ditemui selepas majlis itu berkata sebanyak lapan pasukan bertanding yang disertai oleh 64 orang peserta di kalangan pemuda di kampung berkenaan yang meletakkan nama pasukan masing-masing mengikut pasukan bola sepak antarabangsa.

Pasukan Inter Milan menjadi juara futsal setelah menewaskan pasukan Arsenal dengan kemenangan 3-2 manakala, di tempat ketiga dan keempat berpihak kepada pasukan Liverpool dan Real Madrid 4-2.

Pemain terbaik kejohanan futsal dimenangi oleh Saudara Mohd Amin Ibrahim dari Pasukan Inter Milan.

Antara pasukan lain yang turut menyertai pertandingan tersebut adalah pasukan AC Milan, Chelsea, Barcelona dan Spurs.

Turut hadir mengiringi Haji Hanafiah Mat menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah Timbalan Pengerusi PAS Cawangan Geliga Besar, Haji Harun Jusoh.

Tiada ulasan: