Selasa, 5 Mei 2009

Bekas pemimpin SAPP sertai Gerakan

MALAYSIA KINI


Selepas berbulan-bulan tidak mempunyai parti setelah Parti Maju Sabah (SAPP) meninggalkan Barisan Nasional, seorang timbalan ketua menteri Sabah akhirnya menyertai Gerakan hari ini.

Penyertaan Raymond Tan Shu Kiah diumumkan oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon di Kota Kinabalu pagi ini.

SAPP meninggalkan BN menjelang 16 September tahun lalu - hari Datuk Seri Anwar Ibrahim berura-ura merampas kerajaan persekutuan - dengan alasan tidak berpuas hati dengan perdana menteri waktu itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tan, yang juga ADUN Tanjong Papat dan bekas ketua Pemuda SAPP Aw Kam Wah (ADUN Elopura) akan menyerahkan borang keahlian mereka secepat mungkin.

Tiada ulasan: