Khamis, 16 April 2009

Ahmad Said dan Idris Jusoh jumpa PM bincang tentang SMS ugutan

MSTAR ONLINE


PUTRAJAYA: Isu boikot persidan Dewan Undagan Negeri (DUN) Terengganu, Menteri Besarnya (MB), Datuk Ahmad Said dan bekas MB Datuk Seri Idris Jusoh telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Putrajaya tengah hari ini.

Mereka dipercayai menemui Najib berhubung isu SMS ugutan bunuh yang diterima oleh tiga Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) Selasa lalu.

Selasa lalu, sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada hari kedua sidang DUN Terengganu, kerana mendakwa keselamatan mereka terancam.

Ini berikutan ugutan bunuh yang diterima tiga Adun BN menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kelmarin, iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abd Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Ariffin (Paka), dipercayai mempunyai kaitan dengan usul tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, yang dikatakan akan dibentangkan pada sidang DUN itu.

Selain Rosol, Abd Halim dan Zakaria, tujuh Adun lain yang tidak hadir ialah Datuk Din Adam (Bukit Besi); Alias Abdullah (Alor Limbat); Zawawi Ismail (Kuala Berang); Ramlan Ali (Jabi); Muhammad Ramli Nuh (Tepoh); Muhammad Pehimi Yusof (Kota Putera) dan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih). Rosol mendakwa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih); Rosli Othman (Kemasik) dan Nawi Mohamed (Hulu Besut) turut menyokong tindakan itu.

Tiada ulasan: