Jumaat, 24 April 2009

66 IPTS sudah lesu

KOSMO


KUANTAN - Sebanyak 66 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini diklasifikasikan sebagai tidak aktif berdasarkan kajian Kementerian Pengajian Tinggi bulan lalu.

Jumlah itu membentuk 14 peratus daripada keseluruhan 469 buah IPTS.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Hou Kok Chung berkata, kebanyakan IPTS tersebut 'lesu' selepas didapati tidak mencapai kualiti dalam pengajaran dan kemudahan.

"Ada juga IPTS yang hanya mempunyai pelajar tidak sampai 50 orang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil 36 buah IPTS Wilayah Timur di sini semalam.

Kesemua IPTS itu kini mempunyai lebih 24,000 pelajar.

Serentak dengan itu, beliau mengingatkan bahawa jika masalah itu tidak ditangani, pihaknya akan mengarahkan IPTS terbabit ditutup.

"Kita sedang membuat kajian menerusi satu unit khas kementerian bagi mengenal pasti IPTS yang layak meneruskan operasi manakala pada yang tidak, kita akan batalkan pendaftaran mereka," ujarnya.

Tiada ulasan: