Pelaku perlu meminta maaf sama ada sengaja atau tidak: Pemuda Isma
BANGI
– Isu memasang Jalur Gemilang terbalik telah membuktikan cakna dan
semangat patriotisme dalam jiwa masyarakat semakin pudar, kata Exco
Penerangan Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muslim Abdullah Zaik.
Beliau berkata, pelaku yang berbuat demikian sama ada sengaja atau tidak perlu meminta maaf dan disiasat.
“Sebagai contoh, Malaysia pernah tersalah
cetak bendera Indonesia dalam booklet acara Sukan SEA dan ia mengundang
kemarahan Indonesia, namun Malaysia telah meminta maaf atas kesalahan
itu,” katanya.
Terdahulu, tular dalam media sosial
mengenai pemasangan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik di
sebuah sekolah di Pahang.
Namun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri
Abdul Hamid Bador memberitahu, tindakan berkenaan tidak disengajakan,
yang mana pemasangan Jalur Gemilang dilakukan warga asing.
Selain itu, sebuah pusat pameran, jualan
dan servis kenderaan di Sungai Isap juga dikatakan memasang Jalur
Gemilang terbalik, dan difahamkan permohonan maaf sudah dibuat.
Apa sahaja alasan, Muslim berkata,
tindakan memasang Jalur Gemilang terbalik ini amat memalukan, malah
menunjukkan ia dianggap sekadar ritual tradisi yang tidak difahami makna
dan falsafahnya.
Beliau berkata, seluruh rakyat perlu
memenuhi ilmu di dada dengan sejarah perjuangan pembentukan negara bagi
mengelakkan retorik slogan-slogan kebangsaan menghasilkan generasi
separa masak, yang juga tiada semangat perjuangan dan semangat
patriotik.
“Jika pasang bendera negara pun sudah salah, bagaimana kelak ingin berkorban demi kedaulatan dan identiti negara?” soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan