Tiada rahmah sesama saudara seislam, kata Ketua Wanita Isma
BANGI– Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustazah Suriani Sudi
menyelar kenyataan Dr Siti Mariah Mahmud, yang seolah-olah menyokong
tindakan segelintir pihak mahu mengusir pendakwah antarabangsa, Dr Zakir
Naik keluar dari negara ini.
Terdahulu, Ketua Wanita Parti Amanah Negara (PAN) itu mendakwa, negara kita mempunyai ramai pendakwah yang uruf dan waqi.
“Apakah
lumpuh dakwah di negara kita tanpa seorang pendawkah yang kontroversi
ini. Pergilah bersuaka di negara Islam lain. Kita masih boleh mengikuti
dakwahnya di YouTube,” katanya.
Menyifatkan
kenyataan Dr Mariah sebagai kurang bijak, Ustazah Suriani berkata,
sebagai umat Islam, kita seharusnya mempertahankan saudara seagama serta
melindunginya dari sebarang ancaman musuh.
Beranggapan
ahli politik berkenaan sebagai lemah dan mudah tunduk kepada desakan
dan fitnah yang dibuat oleh parti rasis dan cauvinis DAP terhadap Dr
Zakir, beliau mempersoal siapa lagi yang boleh mempertahankan pendakwah
berkenaan jika bukan umat Islam.
“Mengapa
begitu mengikut telunjuk mereka? Pernahkan di dalam sejarah Malaysia,
umat Islam merusuh dan menyerang orang bukan Islam di Malaysia
disebabkan ceramah Zakir Naik?,” soal Ustazah Suriani.
Turut
kesal dengan kenyataan itu, Dr Mariah yang juga ADUN Sri Serdang itu
disifatkan tidak mempunyai sekelumit rasa belas kasihan dan rahmah
terhadap saudara seakidah.
“Di manakah ‘rahmah’ yang dicanang-canangkan. Hanya untuk orang kafirkah ‘rahmah’ itu?” soalnya.
Ustazah
Suriani berkata, Nabi Muhammad ﷺ pernah mengingatkan bahawa umat Islam
yang bersaudara tidak harus menzalimi atau menyerahkan mereka kepada
kezaliman.
Malah
katanya, Allah SWT juga pernah menjelaskan di dalam surah surah al Fath
bahawa baginda ﷺ itu bersifat kasih sayang dan belas kasihan (ruhama’)
terhadap orang mukmin serta bersikap tegas (asyidda’) ke atas orang
kafir.
“Jadi, di
mana Dr Siti Mariah meletakkan panduan al-Quran dan hadis ini dalam
kamus hidup beliau? Apa lagi yang kita harapkan dengan kerajaan begini.
“Yang tidak mahu mempertahankan saudara sendiri. Tidak ada rasa izzah langsung pada agama dan saudara seagama,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan