Khamis, 20 Disember 2018

Zuraida nafi mahu masuk Bersatu

MALAYSIAKINI

   

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menolak dakwaan bahawa beliau akan meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu.

“Tidak betul (masuk Bersatu ),” beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian ketika ditanya soalan itu oleh pemberita.

Sebelum ini muncul spekulasi menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu antara anggota parlimen PKR yang akan menyertai Bersatu.

Turut dispekulasikan ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga menteri hal ehwal ekonomi.


Tiada ulasan: