SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan
kira-kira RM10.1 juta kepada anak-anak golongan berpendapatan
pertengahan sebagai bantuan persekolahan dan melanjutkan pelajaran ke
institusi pengajian tinggi tahun hadapan.
Katanya, bantuan itu boleh dipohon secara dalam talian.
“Bagi bantuan persekolahan tarikh
tutupnya adalah 10 Feb 2019 dan bagi bantuan melanjutkan pelajaran ke
IPT tarikh tutupnya pula adalah 31 Jan hadapan.
“Bantuan akan disalurkan dalam masa 14 hari selepas permohonan diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas program Zakat Street On Wheels di Bazar Larut Malam (Uptown) di Seksyen 24 Shah Alam malam tadi.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor itu bertujuan untuk menyampaikan maklumat zakat dengan cara mudah selain mendekati masyarakat yang tidak berkesempatan untuk datang ke kaunter LZS bagi menunaikan Rukun Islam itu.
LZS sebelum ini memperuntukkan lebih RM30 juta kepada lebih 60,000 orang anak asnaf fakir dan miskin di seluruh Selangor bagi membiayai persiapan persekolahan bagi sesi 2019.
Tambah Abdul Basith, kaunter LZS akan beroperasi setiap hari bulan ini bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat.
“Untuk bulan ini, LZS menyasarkan kutipan zakat kira-kira RM200 juta.
“Berdasarkan unjuran untuk perbelanjaan bagi menyantuni asnaf pada tahun hadapan, LZS memerlukan kira-kira RM900 juta dan buat masa ini LZS berjaya mengumpul kira-kira RM600 juta,” katanya.
Pada
majlis berkenaan LZS turut menyampaikan pelbagai bantuan zakat
berjumlah RM320,198 kepada enam individu terpilih dan sumbangan zakat
RM50,000 kepada Kafa Integrasi An-Najahiyah Seksyen 19 di sini bagi
tujuan baik pulih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan