Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang didakwa
menjadi dalang melesapkan berbilion dana 1MDB didakwa membelikan hadiah
piano lutsinar buat model Miranda Kerr.
Pendedahan ini antara senarai panjang barangan mewah yang dihadiahkan Low kepada model berkenaan.
Pengasas syarikat pembuat piano berkenaan, Peter Tol enggan membincangkan harga piano untuk Kerr itu tetapi berkata piano yang ditempah berharga di antara AS$ 170,000 (RM709,000) dan AS$ 1 juta (RM4.17 juta), kata laporan itu.
Kerr pernah dilihat bermain di piano di dalam video berjudul: "Miranda Kerr - At Home Secrets with Vogue Living".
Kerr sedia pulangkan piano
"Saya sangat kecewa... Saya nasihatkan mereka untuk menutup kawasan itu," kata Tol, petik NYT.
Ker
akhirnya menutup kawasan itu dan atas sebab itu jugalah kini kerajaan
Amerika Syarikat (AS) menghadapi masalah untuk membawa keluar piano itu
yang dipercayai dibeli Jho Low menggunakan dana yang diselewengkan
daripada 1MDB.
Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) AS perlu merobohkan tembok di rumah Kerr untuk membuka ruang tertutup supaya dapat mengeluarkan piano tersebut dari rumah itu.
Sebelum ini, DOJ telah merampas aset-aset yang didakwa diperolehi menggunakan dana 1MDB yang dilesapkan.
"Tembok-tembok baru ini menjadi masalah bagi kerajaan, yang percaya ia perlu melakukan perobohan untuk mendapatkan piano itu, menurut dua orang yang tahu selok-belok penyiasatan tetapi tidak dibenarkan bercakap secara terbuka.
"Kemudian sebuah rumah yang sangat mahal perlu diperbaiki," kata laporan itu.
Loket berlian 8.88 karat bernilai AS$ 4.8 juta
Laporan
itu berkata buat masa ini, piano tersebut tetap diletakkan di bawah
jagaan Kerr. Walau bagaimanapun, Kerr telah memulangkan hadiah lain yang
diterimanya dari Jho Low kepada pihak berkuasa.
Kapal mewah yang juga dipercayai diperoleh
menggunakan dana yang dilesapkan daripada 1MDB, telah dirampas oleh
pihak berkuasa Indonesia dan diserahkan ke Malaysia untuk lelongan.
Low
turut menghadiahkan Kerr loket berlian 11.72 karat berbentuk jantung
dengan ukiran nama model itu, yang bernilai AS$ 1.29 juta dan
anting-anting berlian 11 karat bernilai AS$ 1.05 juta.
Kerr telah memulangkan barangan kemas itu kepada DOJ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan