Jumaat, 21 Disember 2018

Hormatilah keputusan Izzah, kata Anwar

MALAYSIAKINI

   

Presiden PKR Anwar Ibrahim meminta semua pihak menghormati keputusan anaknya Nurul Izzah meletakkan jawatan sebagai naib presiden parti itu.

“Saya tidak dapat nafikan keputusannya itu satu kerugian besar bukan hanya kepada PKR tetapi seluruh negara.

“Saya harap kesemua anggota parti dan seluruh rakyat Malaysia menghormati keputusannya dan memberikan beliau ruang untuk mempertimbang dan membuat keputusan muktamad berkaitan tindakan lanjutnya,” katanya.

Nurul Izzah pada 17 Disember lalu membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR dan pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau juga tidak lagi akan berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti tetapi akan terus menjadi anggota parlimen Permatang Pauh sehingga tamat penggal.

Banyak pihak tampil menuntut “Puteri Reformasi” itu menarik balik keputusan itu.


Tiada ulasan: