Isnin, 3 Disember 2018

Bomba nafi bangunan KPKT terbakar

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan bangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Presint 4 di sini terbakar Ahad malam (2 Dis) seperti yang kelihatan dalam gambar yang tular.

Pengarah JBPM Putrajaya Md Hilman Abd Rashid berkata apa yang dilihat sebenarnya adalah biasan cahaya dan asap dari pemampat penyaman udara bangunan itu.

Mengulas penularan dua gambar seolah-olah bangunan KPKT itu sedang terbakar, Md Hilman berkata : “JBPM Putrajaya bersama anggota keselamatan bangunan telah membuat pemeriksaan di bangunan KPKT kira-kira 8.40 malam tadi dan mendapati tiada kebakaran yang berlaku.”– Bernama

Tiada ulasan: