Roketkini.com
Adakah Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan menyambut mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya beliau mengisi borang permohonan?
Persoalan itu diutarakan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam responnya terhadap persoalan ditimbulkan Senator Razali Idris, pengerusi PPBM Terengganu
Razali dilaporkan media sebagai mendakwa DAP resah sekiranya lebih ramai bekas Ahli Parlimen UMNO menyertai parti beliau, justeru menguatkan suara Melayu-Islam di Parlimen.
“Melompat parti setelah kehilangan kuasa adalah perbuatan politik yang tidak bermoral,” ujar Lip Eng dalam kenyataan hari ini.
Menegaskan bahawa keadaan politik semasa bukanlah pertembungan Melayu-Islam dengan kaum lain, Lip Eng memberi ingatan bagaimana UMNO telah membawa kehancuran dalam skandal-skandal 1MDB, Tabung Haji, Felda dan Felcra.
“Kita semua di pihak Pakatan Harapan, membina negara dan memperbaikinya untuk diwariskan kepada anak cucu.
“Saudara harus kenal betul siapakah sebenarnya rakan seperjuangan. DAP berdiri teguh bersama-sama PPBM ketika susah, dan akan terus bersama-sama mentadbir negara,” tegas beliau lagi.
Sekiranya UMNO menang PRU14 lalu, mereka yang kini membuat keputusan melompat pastinya akan membiarkan sahaja penindasan yang dilakukan terhadap PPBM dan pemimpinnya yang melawan kekuasaan mantan perdana menteri.
“Menerima ‘katak-katak’ ini adalah pengkhianatan kepada rakyat. Menerima orang yang lompat parti tidak harus dijadikan kebiasaan; apatah lagi diraikan,” tegas beliau. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan