Isnin, 15 Oktober 2018

Surat Terbuka kepada YB Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

DENYUT REFORMASI




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada YB Syed Saddiq. Semoga YB sentiasa didalam rahmat Allah, dan sentiasa mendapat petunjuk Allah untuk melaksanakan amanah dengan penuh tawadduk dan integriti.
.
YB Syed Saddiq,


Saya adalah diantara jentera PH yang berkorban bermati-matian untuk memenangkan PH sehingga menang di peringkat persekutuan.
.
Saya dari kawasan Sg. Buloh, tempat dimana YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersiapkan untuk mengemudi negara Tanah Melayu ini akan datang. Insha Allah.
.
YB Syed Saddiq,

Untuk pengetahuan YB, saya dan ramai jentera seangkatan mengabdikan usia dan masa kami selama lebih 10 tahun ini berjuang berhabis-habisan demi Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan. Pelbagai jerih perih kami lalui, tidak sedikit kesengsaraan yang kami hadapi, namun kami tekad merempuh halangan demi membina Malaysia Baru.
.
Dimana YB sepuluh tahun yang lalu? Mungkin YB sibuk bermain dengan fifa world cup atau bermain permainan video yang lain.
.
Tanggal 9 Mei 2018, secara rasmi perjuangan kami bersama rakyat yang lainnya terbalas. PH julung kalinya berjaya merobek keegoan BN sehingga memaksa BN memperakui suara rakyat yang mahu perubahan. Kini BN menjadi pembangkang. Satu sejarah yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia.
.
YB Syed Saddiq,

Setelah kemenangan bersejarah diukir, giliran YB dan barisan Ahli Parlimen PH dilantik sebagai Menteri, mengisi tempat dan mengukir nama sebagai menteri termuda dalam sejarah Malaysia yang dilantik. Syabas dan tahniah kepada YB. Berusia 25 tahun sebagai menteri memang bukan perkara mudah, namun YB berjaya mengisi kerusi panas di KBS.
.
Hari berganti hari, kini sudahpun melepasi 104 hari YB telah mengemudi KBS. Sehingga ke hari ini, tiada satu dasar yang konkrit telah dilaksanakan. Namun, kami mengakui bahawa tugas YB amat rencam dan berdepan dengan isu sabotaj dari pegawai-pegawai yang menyimpan sentimen terhadap PH. Tidak mengapa, kami tetap sokong YB.
.
YB telah membuat pembongkaran berkenaan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari di Gambanh beberapa minggu lalu. Syabas kerana berani membongkar penyelewangan sehingga pelajar disana telah dianiaya sedemikian. Majoriti rakyat marah dengan iau tersebut. Disini saya memuji ketegasan YB dalam isu tersebut.
.
YB Syed Saddiq,

Sebahagian dari apa yang dinyatakan mendapat sokongan pelbagai pihak dan inilah perkara yang didambakan rakyat apabila PH mengambil alih pemerintahan.
.
Yang lainnya, sekadar meneruskan projek dan program dari YB KJ. Namun tidak mengapa kerana apa sahaja dasar yang baik dan mendapat sokongan rakyat haruslah diteruskan.
.
YB Syed Saddiq,

Apa yang ingin saya sebutkan disini adalah berkenaan dengan peribadi YB sendiri. Saya tiada masalah dengan kerja YB. Saya tidak menyerang peribadi YB melainkan saya perlu menegur kerana YB telah melakukan kesilapan.
.
YB Syed Saddiq,

Apabila YB menganjurkan pemainan video kepada sekumpulan selebriti radio melalui media sosial bulan lalu telah mendatangkan kritikan kepada YB. Malah ada kalangan rakyat yang mula mempersoalkan, tidak ketinggalan ada yang marah dan ada yang mencemuh.
.
Walaupun permainan tersebut berlangsung pada waktu rehat, namun etika sebagai pemimpin tidak dilaksanakan dengan baik. Adakah YB nak menunjukkan sikap YB itu sesuatu yang 'cool'? Maaf YB, kerana saya tidak boleh menerima perkara tersebut kerana sebagai menteri, YB perlu menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat, lebih-lebih lagi dikalangan pelajar sekolah kerana ada dikalangan mereka ini mengidolakan YB.
.
YB Syed Saddiq,

Tidak cukup sekadar itu, semalam tular pula gambar YB sedang mandi setelah acara perlawanan bola sepak sempena Hari Sukan Negara.
.
Saya dan rakan-rakan netizen lain tertanya-tanya, apa yang cuba YB buktikan dengan penularan gambar tersebut dari akaun media sosial YB sendiri.
.
Apakah YB hendak menunjukkan betapa maskulinnya YB sebagai menteri?
.
Adakah YB nak memaparkan betapa tegapnya bentuk badan YB?
.
Apakah selepas ini tular pula foto YB sedang tidur, mungkin pula buang air dan sebagainya.
.
Saya dan rakan-rakan tidak mempunyai sebarang jawapan kepada persoalan mengenai tindakan YB itu.
.
YB Syed Saddiq,

Unjuran tahunan tentang masalah belia di Malaysia yang terlibat dengan salahguna dadah, masalah moral, jenayah berat, gangsterisme, seks bebas, pembuangan bayi, ketagihan alkohol, dan masalah berkaitan dengan LGBT di kalangan belia khususnya Melayu dan Islam sangatlah membimbangkan.
.
Itu belum lagi dengan belia dan anak melayu yang menghadapi krisis identiti, tidak pandai membaca Al-Quran, tidak pandai solat, dan jauh dari amalan Islam. Ini juga salah satu tugas YB. Menyemai tunas-tunas Islam kepada belia negara kita.
.
Tugas YB sebagai Menteri Belia dan Sukan sangat berat. Setiap perkara yang saya sentuh diatas perlu YB fikirkan penyelesaiannya.
.
Belum lagi masalah dikalangan pelajar IPT yang cenderung kepada budaya rasuah, lumba haram, dan pelbagai lagi masalah yang amat membimbangkan yang memerlukan tindakan YB sebagai menteri.

YB Syed Saddiq,

Disini amat jelas, 1001 masalah utama negara perlu diselesaikan dalam era Malaysia Baru ini. Tugas YB amatlah jelas, iaitu menurun indeks jenayah dan masalah utama seterusnya membebaskan belia kita dari masalah tersebut.
.
Tetapi, adakah dengan penonjolan satu sisi karektor YB boleh menurunkan indeks-indeks masalah tersebut? Saya yakin YB tahu jawapannya.
.
YB Syed Saddiq,

Saya menjalankan tanggung jawab sebagai rakyat menegur tentang sikap YB. Perjalanan YB masih panjang dalam dunia politik dan YB jangan memusnahkannya. Terlalu rugi jika YB memusnahkan masa depan karier YB sendiri.
.
Saya mungkin membuat telahan, asbab penularan itu kerana YB 'deseprate' untuk menunjukkan bahawa YB ini 'cool' atau desperate untuk menawan perhatian rakyat.
.
YB Syed Saddiq,

Saya tidak mahu berbicara panjang lebar. Cukup dua isu ini YB ambil sebagai pengajaran. Tidak perlu untuk membuat lakonan dan stunt demi untuk dilihat cool.
.
Apa yang YB perlu lakukan adalah merangka dasar yang lebih baik dari YB KJ. Polisi yang tiada kepartian dan polisi yang menyeluruh supaya Institusi Belia dan Institusi Sukan di Malaysia berada di dalam aras tinggi.
.
YB Syed Saddiq,

Apa yang saya sebut ini adalah teguran ikhlas seorang abang kepada seorang adik. Ambil yang baik, maka hasilnya pasti baik. Jangan terpedaya dengan diri sendiri, kerana pasti akan tersungkur nanti.
.
Akhir kata, reformasi dan Malaysia Baru bukan sekadar slogan, tetapi perlu diterjemah dalam bentuk tindakan lebih-lebih lagi berkedudukan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang banyak kerja perlu dibereskan.
.
Saya mendoakan agar YB berjaya dimasa hadapan. Semoga Allah merahmati dan membimbing YB menjadi pemimpin yang baik untuk rakyat yang baik.
.
Wassalam.
Azlan Zambry

Tiada ulasan: