ISMA WEB
Bila Melayu Islam hilang kuasa politik, maka kuasa itu digantikan dengan elemen yang anti-Islam dan anti-Melayu, terutama kumpulan Kristian yang duduk dalam parti DAP: Tajuddin Abdul Rahman
BANGI
– Tular semalam dakwaan seorang Ahli Parlimen UMNO bahawa DAP
menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk menyebarkan agama Kristian.
Dalam
kenyataan yang dibuat secara terbuka ketika kempen Pilihan Raya Kecil
(PRK) Sungai Kandis, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu, Datuk Tajuddin
Abdul Rahman menyebut:
“Orang
Kristian sudah mengambil alih kuasa Putrajaya. Sekarang ini
menteri-menteri, tengok. Lim Guan Eng tu Kristian, Anthony Loke
Kristian, Tony Pua Kristian, Hannah Yeoh Kristian.”
Ketika
dihubungi Ismaweb.net hari ini, Tajuddin memaklumkan, dakwaan bahawa
Kristian telah menguasai Putrajaya adalah sesuatu yang berasas, dan
dibuktikan melalui penularan beberapa video yang mendedahkan agenda
kelompok itu untuk menguasai Malaysia.
“Bila
Melayu Islam hilang kuasa politik, maka kuasa itu digantikan dengan
elemen yang anti-Islam dan anti-Melayu, terutama kumpulan Kristian yang
duduk dalam parti DAP.
“Apabila
memegang kuasa, maka semakin mudah untuk melaksanakan gerakan tertentu
yang nyata akan mengancam kesucian Islam dan status quo bangsa Melayu.
“Buktinya,
boleh tonton beberapa video yang ditularkan. Semua mendedahkan agenda
pihak Kristian di Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14),”
katanya.
Semakan
Ismaweb mendapati, antaranya video yang tular di laman Youtube berjudul
“Harapan Bangsa by Jaclyn Victor”. Dalam video berdurasi 5 minit itu,
antara barisnya ialah:
Bapa Engkaulah harapan Negara ini
Kaulah satu satunya harapan
Di bumi Malaysia
Yesus Engkaulah harapan segala bangsa
Nyatakanlah kebenaranMu
Kaulah satu satunya harapan
Di bumi Malaysia
Yesus Engkaulah harapan segala bangsa
Nyatakanlah kebenaranMu
Setiap suku Setiap kaum
Dan setiap bangsa
Kan menyembah di tahtah-Mu
Dan nyatakan bahwa Yesuslah Tuhanku
Kudengar suara aliran sungaiMu
Membanjiri hati umat Mu di Malaysia”
Dan setiap bangsa
Kan menyembah di tahtah-Mu
Dan nyatakan bahwa Yesuslah Tuhanku
Kudengar suara aliran sungaiMu
Membanjiri hati umat Mu di Malaysia”
Selain
itu, penularan sebuah video lain berjudul “VIDEO BONGKAR : Komplot
Negara Kristian 1Israel Malaysia PRU 14” juga satu lagi bukti yang
mengukuhkan dakwaan Tajuddin.
Dalam
video berdurasi sekitar 4 minit itu, seorang paderi bernama Ramiro Pena
dalam sebuah ucapan di hadapan sekumpulan warga Kristian, dipetik
berkata:
“Wahai
kumpulan dan wakil dari Malaysia (merujuk kepada delegasi dari
Malaysia), Tuhan (Jesus) sedang memberikan tumpuan kepada kamu dan
meminta kamu supaya tidak berundur. Tuhan (Jesus) juga menyeru kepada
kamu ‘Jangan kamu gentar dengan pilihanraya akan datang (merujuk kepada
PRU14, kerana Aku akan membantu kamu dalam pilihanraya itu’.”
Dalam video yang sama juga, seorang lelaki dipetik menjerit di hadapan peserta dalam sebuah majlis:
“Di Negeri
Sembilan, Jesus berkata, Aku akan hancurkan semangat Minangkabau di
sana! Rakyat Negeri Sembilan akan datang kepada Jesus! Johor juga telah
menyertai pasukan tentera Tuhan (Jesus), Johor akan bangkit!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan