Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, peningkatan itu dijangka kerana kilang yang bernilai RM25 juta itu mampu mengeluarkan 2,000 tan metrik fiber kenaf sebulan.
Menurutnya, kilang terbabit yang dijadualkan beroperasi pada Disember ini akan membuka lebih banyak ruang pekerjaan dan pendapatan kepada petani.
"Setakat ini hanya terdapat dua pusat pemprosesan batang kenaf bagi pengeluaran fiber iaitu di Pasir Puteh dan Rompin.
"Kapasiti kilang-kilang itu adalah 12,000 tab batang kenaf setahun yang membabitkan tanaman seluas 600 hektar," katanya pada sidang media selepas melawat kilang pemprosesan kenaf di Kampung Air Tawar dekat sini, semalam.
Shamsul Iskandar berkata, hasil pengeluaran bagi setiap pusat itu mencecah RM2 juta setahun.
Katanya, bagi merancakkan lagi penanaman kenaf, kementerian akan mengkaji pendekatan berkesan untuk melibatkan golongan muda mengusahakan tanaman tersebut secara produktif.
"Kita juga akan memberi galakan kepada pengusaha tanaman kelapa sawit untuk menjadikan kenaf sebagai sumber pendapatan sampingan iaitu untuk tempoh 45 hingga 90 hari setahun," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan