Oleh Siti Fatimah Ishak
Pemuda Isma cadang aktiviti penghayatan sejarah Tanah Melayu, perjuangan tuntut kemerdekaan di zaman penjajah
BANGI –
Sempena bulan kemerdekaan, Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)
mengesyorkan Kementerian Belia dan Sukan untuk melaksanakan kempen
semarak patriotisme di kalangan belia.
Exco
Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik berkata,
menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu memainkan peranan
mengadakan aktiviti kepada golongan muda, bagi menyemarakkan perasaan
sayangkan tanah air.
Katanya,
antara yang boleh dilaksanakan adalah program dan aktiviti penghayatan
sejarah Tanah Melayu dan sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan
sepanjang penjajahan dan penjarahan British, Jepun dan Komunis secara
interaktif dan menarik.
“Pemuda
Isma yakin kempen seperti ini dapat melahirkan belia yang rasional dan
berilmu seterusnya melahirkan kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.
“Ia juga
diyakini dapat mengeratkan kesatuan dan memupuk kedamaian dalam kalangan
rakyat Malaysia,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Pemuda
Isma konsisten mahukan generasi muda memperingati pengorbanan yang telah
dilakukan oleh para pejuang tanah air untuk membebaskan negara daripada
penjajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan