Oleh Fahmi bin Faiz
PRK paling bersejarah buat dua parti konservatif Melayu Islam
BANGI –
“Kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai
Kandis, wajar dilihat dari sudut positif,” kata calon Barisan Nasional
(BN), Datuk Lokman Adam.
Ketika dihubungi IsmaWeb selepas keputusan PRK diumumkan sekitar jam 9.50 malam, Lokman berkata:
“PRK DUN Sungai Kandis ini adalah satu
detik yang sangat bersejarah, apabila dua parti konservatif Melayu dan
Islam, iaitu UMNO dan PAS, berganding bahu dan bersatu hati dalam usaha
mengangkat kedaulatan agama, bangsa dan tanah air.
“Walaupun barisan atasan kedua-dua parti
masih tidak berjaya meyakinkan keseluruhan ahli di peringkat akar umbi,
namun kita jelas bahawa usaha menyeru pengundi agar memilih kemudaratan
yang lebih kecil, berbanding yang lebih besar, memang akan memakan
masa.”
Oleh itu, katanya, UMNO dan PAS akan istiqamah memperjuangkan kedaulatan agama dan bangsa yang kini dilihat semakin ditindas.
“Melalui sikap istiqamah ini, dengan izin
Allah, kita akan berjaya meyakinkan akar umbi untuk turut serta dalam
usaha memperjuangkan Islam dan Melayu,” katanya
Pada PRK hari ini, calon PKR, Mohd Zawawi
Ahmad Mughni memperoleh 15,427 undi, manakala Lokman (9,585 undi) dan
calon Bebas, K Murthy (97 undi).
Sementara itu, peratusan keluar mengundi
bagi PRK itu secara tidak rasmi hanya 49.8 peratus, dipercayai kerana
pengundi tiada ‘mood’ untuk keluar mengundi.
Bahang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas yang masih dirasai turut menjadi penyebab terhadap penurunan peratusan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan