Oleh
MAHIRAH ZAKARIA
Ketiga-tiga sayap parti
UMNO akan turut sama turun pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang akan berlangsung selama tiga
minggu bagi menyatakan sokongan kepada calon PAS, Dr. Halimah Ali.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata antara intipati
yang akan dibawa oleh Wanita semasa kempen tersebut adalah memberi
kesedaran kepada rakyat bahawa kemenangan Halimah ini mampu membawa
suara ke DUN Selangor.
“Pastinya
kita akan membantu untuk calon menang PRK ini. Rakyat juga perlu
dimaklumkan bahawa kerajaan PH hanya pandai berjanji, tapi tidak
dikotakan. Bak kata menanam tebu dipinggir bibir.
“Macam-macam yang mereka kata, tapi tidak dibuat dan itu mengecewakan rakyat terutama golongan di bawah 40 tahun.
“Wanita akan turut membantu memberi penerangan dan memujuk para
pengundi Seri Setia untuk membantu calon PAS, dan menjelaskan mengapa
Halimaj perlu menang,” katanya kepada BNPportal.com di Dewan Sivik MBPJ
pada Sabtu.
Sementara itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan
Deris berkata pihaknya akan meneruskan program ‘Speaker Corner’ seperti
yang telah diadakan pada PRK Sungai Kandis lalu untuk membanti calon
PAS.
“Jika dapat ‘lampu hijau’ daripada PAS, kita akan sama-sama turun
berkempen. Kami akan buat speaker corner seperti sebelum ini dan
berharap dapat sepentas dengan Pemuda PAS, berkempen secara baik,”
katanya.
Tambahnya, sokongan diantara UMNO-PAS ini bukti kepada orang Melayu
dan rakyat bahawa kedua parti ini menemui titik penyatuan demi kebaikan
rakyat.
Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan turut
berkata, sokongan diantara kedua parti ini akan menjadi lonjakan
keyakinan kepada orang Melayu diatas kerjasama yang terjalin.
“Bagi Puteri, kami akan membantu calon dan perbincangan dengan
Muslimat PAS akan diadakan supaya kami dapat menyusun gerak kerja untuk
program berkempen nanti,” katanya.
PRK Seri Setia memperlihatkan pertembungan dua penjuru diantara Halimah dan calon PH, Halimey Abu Bakar.
PRK DUN Seri Setia diadakan berikutan penyandangnya, Prof. Dr.
Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia akibat kanser usus pada 2 Ogos.
Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin menang besar di kerusi
DUN Seri Setia menewaskan calon Barisan Nasional, Yusoff M.Haniff dengan
mendapat 29,250 undi.
Beliau mengalahkan Yusoff yang memperolehi 9,878 undi, calon Pas,
Mohd. Ghazali Daud (4,563) dan calon bebas S. Vigneswaran (217).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan