Isnin, 13 Ogos 2018

Salah titik perpuluhan, tabung GST kekurangan RM19.248b – Guan Eng

Wartawan MalaysiaGazette
MGF08082018_DEWANRAKYAT_53-681x454
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan hari ini mendakwa jumlah sebenar kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST (Cukai Barangan dan Jualan) adalah RM19.248 bilion dan bukannya RM17.911 bilion yang dilaporkan pada minggu lalu.

Ini kerana, dana yang terdapat dalam tabung berkenaan hanyalah RM148.6 juta sahaja dan bukannya RM1.486 bilion.

“Sebenarnya, angka untuk baki yang sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik adalah sekitar RM148.6 juta sahaja, dan bukannya RM1,486 juta seperti yang diumumkan minggu lalu.

“Ini merupakan kesilapan tidak sengaja daripada pegawai pejabat saya akibat salah letak titik perpuluhan,” kata Lim Guan Eng ketika membuat penjelasan jumlah pembayaran balik GST di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mendakwa, tunggakan sejak 2015 yang tidak dapat dibayar balik kerana Tabung Bayar Balik GST kekurangan dana RM19.248 bilion disebabkan kerajaan terdahulu gagal memindahkan wang sebanyak itu dari tahun 2015 hingga 31 Mei 2015.

Minggu lalu, ketika berucap di Dewan Rakyat, Guan Eng berkata, Kerajaan Barisan Nasional telah gagal membayar tuntutan cukai input dalam masa dua minggu yang berjumlah RM19.4 bilion setakat 31 Mei lalu.

Daripada jumlah tunggakan RM19.4 bilion itu, sebanyak RM9.2 bilion adalah dari tahun 2018, RM6.8 bilion (2017), RM2.8 bilion (2016) dan RM0.6 bilion (2015).

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam dalam kenyataannya 10 Ogos lalu berkata, dalam tempoh 1 April 2015 hingga 31 Mei 2018 telah memaklumkan jumlah pulangan balik GST adalah berjumlah RM82.9 bilion.

Daripda jumlah itu, hana RM63.5 bilion pembayaran balik GST telah dibayar melalui Tabung Amanah sepanjang tempoh sama.

Subromaniam berkata, pada 31 Mei 2018, tabung berkenaan masih memerlukan sejumlah RM19.4 bilion untuk pembayaran tunggakan GST. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: