Isnin, 13 Ogos 2018

Pakatan Harapan ghairah campur tangan dalam kementerian, GLC – Annuar

Shawaliah Hadir
annuar
Tan Sri Annuar Musa.

KUALA LUMPUR – Penyusunan semula kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) oleh kerajaan persekutuan menjurus kepada campur tangan politik, kata Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, Pakatan Harapan kini sedang rancak membuat perubahan dalam sektor tertentu tanpa motif yang wajar, sebalik disifatkannya berunsurkan poltik semata-mata.

Annuar menyentuh perkembangan terbaru yang berlaku dalam Khazanah Nasional.

“Penyusunan kementerian-kementerian ini ternyata sekali unsur campur tangan politik semakin menggila dan rancak yang sepatutnya kerajaan ini menunjukkan contoh baik keghairahan campur tangan politik semakin ketara

“Kita lihat apa terjadi dengan Khazanah, beberapa syarikat berkaitan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang keputusan dibuat niat belakangnya ialah unsur-unsur politik,” katanya dalam Dewan Rakyat.

Annuar (Ketereh-BN) berkata demikian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Bacaan Kali Ke-2 (Peruntukan semula Peruntukan Perbelanjaan 2018) yang dibentang oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum itu.

Sebelum ini Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar dan lapan lagi ahli lembaga pengarah meletakkan jawatan untuk memudahkan peralihan yang lancar dan teratur di bawah kerajaan baru. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: