Selasa, 21 Ogos 2018

Ruang udara KLIA, KLIA2 ditutup sementara

ISMA WEB

Orang ramai dinasihat rujuk jadual penerbangan terkini: KKMM


BANGI – Ruang udara di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 akan ditutup sementara bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Penutupan sementara selama lima hari itu dimaklumkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian itu berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awan Malaysia (CAAM) akan menutup sementara ruang udara berkuat kuasa jam 9 pagi hingga 10.30 pagi mulai 27 Ogos hingga 31 Ogos ini, yang dijangka melibatkan penjadualan semula waktu penerbangan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mengambil perhatian dan dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan bagi merujuk jadual penerbangan terkini dalam tempoh berkenaan untuk mengelakkan sebarang kesulitan, katanya.


Tiada ulasan: