Selasa, 21 Ogos 2018

Pembangkang Johor takut dengan bayangan sendiri, kata Exco

 
Pembangkang Johor takut dengan bayangan sendiri, kata Exco

Dalam isu pertikaian berkenaan dengan pemberhentian program Iqra’ dan Fardhu Ain (IQFA) yang dicanangkan oleh Ahli Dewan Negeri (Adun) Parit Raja YB Nor Rashidah Ramli telah menimbulkan kecelaruan.

Melalui kenyataan balas dari Exco Agama yang diwakili oleh Haji Dzulkefly Ahmad, beliau telah menjawab berkenaan masalah IQFA seperti yang didakwa Adun pembangkang itu berniat tidak baik.

Infografik yang sebelum ini disebarkan oleh pihak pembangkang dari Barisan Nasional telah mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Johor telah menghentikan program IQFA.

Dzulkefly meluahkan rasa kesal apabila tuduhan yang dilemparkan itu hanya mahu menimbulkan sentimen masyarakat di negeri ini sedangkan perkara yang dimaksudkan hanya berlaku di Tabika Kemas di Johor.

“Ia membayangkan seolah-olah keseluruhan program Iqra dan Fardhu Ain di negeri yang dihentikan sedang maksud dari Adun Parit Raja itu hanya membabitkan IQFA di Kemas.

“IQFA dijalankan di Tabika Kemas semenjak 2014 dengan peruntukkan dari pejabat Mantan Menteri Besar Johor yang terdahulu.

“Peruntukkan dari pejabat MB yang terdahulu melibatkan 240 Tabika Kemas dalam 25 Parlimen di Johor dan peruntukkan sebanyak RM 1.647 juta pada 2018.

“Apabila berlaku peralihan kuasa Mei yang lalu maka program tersebut tertangguh sementara sehinggalah permohonan peruntukkan semula diterima daripada pihak kami.

“Mengikut semakan di pejabat YAB MB Johor sehingga sekarang masih belum lagi menerima permohonan daripada pihak Kemas untuk mendapatkan peruntukkan bagi meneruskan program tersebut,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu beliau ketika dihubungi sememangnya meletakkan hasrat untuk meneruskan program tersebut dan beliau masih menanti untuk permohonan di pejabatnya berkenaan hal tersebut.

Dalam pada itu beliau menegaskan tindakan pembangkang terhadap kenyataan isu IQFA ini merupakan tindakan yang kurang cermat dan ternyata niat pembangkang adalah untuk menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat.

Tiada ulasan: