Khamis, 2 Ogos 2018

Pinda undang-undang jika mohon ekstradisi Sirul

Mohammad Arif Nizam

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menerima cenderahati dari Menteri Luar Australia, Julie Bishop (kiri) ketika kunjungan hormat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 OGOS 2018
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menerima cenderahati dari Menteri Luar Australia, Julie Bishop (kiri) ketika kunjungan hormat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pindaan itu bagi memenuhi undang-undang kerajaan Australia kerana negara tersebut tidak membenarkan individu yang dijatuhi hukuman gantung pulang disebabkan mereka tidak melaksanakan hukuman tersebut di sana.

Sirul Azhar yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 perlu pulang ke negara ini bagi menjadi saksi kes pembunuhan itu.

“Saya ada menyemak dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ke Mongolia tempoh hari berkaitan kes  Altantuya.

“Waktu itu, tidak ada perbincangan lanjut mengenai permohonan (ekstradisi) Sirul.

“Namun, hukuman mati mandatori perlu dipinda sebelum memohon ekstradisi,” katanya kepada pihak media di lobi Parlimen di sini hari ini. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: