Bernama
KOTA KINABALU: Bekas ketua
menteri Sabah Tan Sri Musa Aman perlu mengangkat sumpah sebagai Anggota
Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Sungai Sibuga sebelum 11 Sept ini atau
mengosongkan kerusi itu.
Speaker DUN Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali berkata arahan itu selaras dengan Perlembagaan Negeri yang memberi tempoh tiga bulan selepas sidang DUN pertama bagi wakil rakyat dipilih untuk mengangkat sumpah.
DUN Sabah pertama kali bersidang pada 11 Jun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, 9 Mei lepas.

BACA: DUN Sabah: Musa Aman masih 'hilang'
"Tan Sri Musa tidak perlu tunggu hingga 11 Sept dan boleh mengangkat sumpah pada bila-bila masa sebelum tarikh itu," katanya ketika ditemui di sini.
Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah pada 10 Mei selepas memperoleh majoriti mudah pada PRU lepas, namun hilang peluang tersebut selepas beberapa ADUN BN bertindak keluar gabungan parti itu dan menyatakan sokongan terhadap Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang kini Ketua Menteri Sabah baharu.
Musa dipercayai meninggalkan Malaysia pada 17 Mei untuk menerima rawatan kesihatan di United Kingdom. -- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan