Rabu, 15 Ogos 2018

1,370 koperasi di Negeri Johor akan dibantu, kata Exco

 
1,370 koperasi di Negeri Johor akan dibantu, kata Exco

Sidang Dewan Negeri (Dun) Johor hari ini menyaksikanExco Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif, Sheikh Umar Ali telah menyatakan bantuan kepada koperasi yang berada di Johor.

Sebanyak 1,370 koperasi di negeri ini yang telah dikenal pasti untuk dibantu melalui program ‘Bantuan Pembangunan’.

Sheikh ‘Umar menjelaskan perkara itu selepas disoal oleh Ahli Dewan Negeri (Adun) dari Buluh Kasap, Datuk Zahari Sarip.

“Program Bantuan Pembangunan ini adalah sebagai suatu komitmen dari pihak kerajaan untuk membantu koperasi yang ada di negeri ini.

“Dalam program ini, geran akan diberikan kepada koperasi. Sebanyak RM300,000 maksima geran akan ditawarkan kepada setiap koperasi.

“Selain itu juga beberapa program pembangunan koperasi akan dilaksanakan untuk membantu secara lebih khusus terhadap koperasi yang berada di negeri ini,” jawab beliau sewaktu sesi soal jawab.

Dalam pada masa yang sama, Adun Buluh Kasap mempersoalkan bagaimana koperasi yang pasif adakah layak menerima insentif geran yang ditawarkan.

Ketika menjawab soalan tambahan itu, Sheikh berkata koperasi berkenaan akan disemak apakah keperluan koperasi tersebut.

“Pemantauan akan dibuat terhadap seluruh koperasi yang mahukan insentif. Kita tidak mahu apabila insentif diberikan, koperasi tersebut tidak menjalankan sebarang perniagaan.

“Kerajaan juga telah menggariskan program ‘mentoring and coaching’ untuk membantu koperasi yang pasif agar terus berdaya saing.

“Kerajaan juga akan menyarankan koperasi yang stabil di negeri ini untuk membantu koperasi yang pasif setelah dikenal pasti,” ujarnya.

Tiada ulasan: