Rabu, 15 Ogos 2018

Menteri: Bestinet digantung selepas dakwaan skim tipu pekerja Nepal RM185 juta

 
Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, satu memorandum persefahaman dijangka ditandatangani tidak lama lagi selepas perbincangan dengan kerajaan Nepal. 


M Kula Segaran berkata, Nepal terpaksa menggantung penghantaran tenaga kerjanya ke Malaysia, selepas laporan berlaku eksploitasi dalam urusan itu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dalam perbincangan dengan kerajaan Nepal bagi mencari penyelesaian mengenai isu pengambilan tenaga kerja dari negara berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran mendedahkan satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menyelesaikan masalah itu dijangka ditandatangani tidak lama lagi.

“Memorandum itu secara prinsipnya dipersetujui oleh Nepal,” katanya sambil menambah beliau akan membawa perkara ini ke Kabinet untuk mendapat kelulusan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa khas pengurusan pekerja asing yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Parlimen, semalam.

Kula Segaran juga berkata, kerajaan mengambil keputusan menggantung operasi Bestinet Sdn Bhd, sebuah syarikat dikaitkan dengan dakwaan penipuan lebih RM185 juta daripada rakyat Nepal yang mencari kerja di Malaysia.

Bagaimanapun, Bestinet menafikan dakwaan itu.

Beliau berkata, Nepal berminat menghantar pekerjanya ke Malaysia, tetapi berikutan laporan berlaku eksploitasi dalam urusan itu, ia terpaksa menggantung penghantaran tenaga kerjanya ke Malaysia.

Tiada ulasan: