Rabu, 1 Ogos 2018

Mayat lelaki ditemukan di landasan LRT

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemukan di landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Pusat Bandar Puchong hari ini.

Menurut laman rasmi Twitter RapidKL, mayat itu dijumpai pada kira-kira 100 meter dari stesen berkenaan.

Siasatan masih dijalankan dan RapidKL akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu selepas memperoleh maklumat penuh.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau memutarbelitkan berhubung perkara ini,” menurutnya lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan mengesahkan perkara itu setelah polis menerima aduan pada 7.51 pagi.

Tiada ulasan: