Pentadbiran kerajaan persekutuan akan terjejas jika berlaku masalah dalam peralihan kuasa, kata Tan Sri Annuar Musa (Ketereh-BN).
Selaku pihak pembangkang, Annuar mengaku dakwaan Abdullah Sani (Kapar – PH) bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi halangan menjadi Perdana Menteri sebagai membimbangkan.
“Baru-baru ini kita dikejutkan berita yang menggerunkn Ahli Parlimen Kapar membuat pendedahan ada konspirasi untuk tidak mengizinkan proses perpindahan kuasa kepada Anwar Ibrahim dari Tun Mahathir Mohamad.
“Ini beberapa kali disuarakan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Bacaan Kali Kedua (Peruntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2018) di sini pada Isnin.
Terdahulu Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, Anwar akan menghadapi masalah mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Mahathir jika Rafizi Ramli tidak berjaya menangkis Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan