Khamis, 16 Ogos 2018

Dr Ilyani tidak disekat bekerja


Dr Ilyani tidak disekat bekerja
Sidang media menteri kesihatan.
 
 
KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad menafikan sebaran dalam media sosial mendakwa Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi disekat daripada bekerja di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, kenyataan tersebut tidak benar dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan kenyataan menafikannya dalam masa terdekat.

Tambah beliau, media harus mengetengahkan fakta sebenar bagi menjernihkan keadaan berhubung isu tersebut.

“Itu (disekat bekerja) tak betul, janganlah buat perkara yang tidak benar. Ringkasnya kenyataan dalam media sosial itu tidak benar.

“Apa keputusan perlu dibuat? Tiada apa perlu dibuat,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menafikan Dr Nur Ilyani telah dipindahkan dalam masa 24 jam ke Putrajaya.

“Tak benar semua itu,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, doktor yang bertugas di HRPZ II itu dikatakan bakal berdepan tindakan tatatertib selepas diadukan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).

Ia susualan kenyataan terbuka beliau dalam media sosial yang menegur Datin Paduka Marina Mahathir berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Tiada ulasan: