Khamis, 16 Ogos 2018

MCA perlukan Pas


Anthony Loke Siew Fook
Anthony Loke Siew Fook
 
 
KUALA LUMPUR – DAP tiada masalah sekiranya ahli Pas memberi undi kepada calon MCA dalam PRK Dun Balakong, 8 September ini.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, terbukti MCA memerlukan Pas.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang mahu ahli parti Islam itu mengundi calon MCA pada PRK Dun Balakong.

“Ini menunjukkan MCA pun perlukan sokongan Pas.

“Terpulanglah hak mereka (Pas)...kita tidak masalah, hak mereka,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

MCA mengumumkan Ketua Pemuda MCA Cawangan Batu 11 Cheras, Tan Chee Teong sebagai calon untuk PRK Balakong manakala DAP pula mencalonkan Ketua Pemuda Sosialis DAP Bahagian Serdang, Wong Siew Ki.

PRK Balakong akan diadakan pada 8 September selepas kerusi Dun itu kosong apabila penyandangnya, Eddie Ng, meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu.

Tiada ulasan: