Sabtu, 4 Ogos 2018

BN rampas undi Melayu di Seri Gambut

BN rampas undi Melayu di Seri Gambut
 
 
SHAH ALAM - Meskipun ketinggalan ketika ini, BN berjaya mencipta kejutan terbaharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis.

Ini menerusi jumlah undi yang diperolehi oleh BN di kawasan pengundian majoriti Melayu Seri Gambut.

Keputusan sebentar tadi di kawasan berkenaan menunjukkan BN memenangi daerah mengundi itu dengan 420 undi menewaskan PKR yang memperoleh 318 undi manakala calon Bebas tidak menerima sebarang undi.

Jika dibandingkan pada PRU14 lalu, PKR memenangi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) itu dengan perbezaan sembilan undi apabila parti itu mendapat 419 undi dan BN menang mendapat 410 undi, sementara itu Pas memperoleh 236 undi.

Pada PRK kali ini Pas tidak masuk bertanding.

Jumlah undian PDM ini merupakan peratusan kecil dan keputusan tidak rasmi PRK kali ini menunjukkan PKR masih mendahului.

Tiada ulasan: