Sabtu, 4 Ogos 2018

Bekas personaliti tv calon PRK Dun Balakong?


Bekas personaliti tv calon PRK Dun Balakong?
Paparan Facebook Tan Yun Chzuan
 
 
KUALA LUMPUR - Bekas personaliti Astro, Tan Yun Chzuan mengesahkan beliau didatangi beberapa pemimpin DAP yang meminta beliau mempertimbangkan untuk menjadi calon di PRK Dun Balakong.

Dalam catatan Facebook miliknya, bekas wartawan penyiaran ini bagaimananpun memaklumkan keputusan berhubung calon di kawasan tersebut masih belum dimuktamadkan.

Menurutnya, beliau difahamkan terdapat beberapa nama dihantar kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP namun parti masih belum memilih calon untuk PRK tersebut.

“Benar saya didatangi beberapa pemimpin DAP yang meminta saya mempertimbangkan untuk menjadi calon (dalam PRK Dun Balakong).

“Saya difahamkan terdapat lima atau enam nama dihantar kepada CEC parti. Begitupun, masih belum ada keputusan dibuat dalam masa sekarang,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas personaliti Astro calon DAP Dun Balakong

Tambahnya yang lebih dikenali dengan nama Yunna Tan, beliau mengakui terkejut apabila namanya menjadi antara pilihan untuk mengisi kerusi tersebut.

Ujarnya, beliau akan tetap memberikan sokongan penuh kepada parti tidak kira samada beliau terpilih menjadi calon atau tidak.

“Tanggungjawab dan komiten wakil rakyat sangatlah berat dan memerlukan pengorbanan besar.
“Apa pun terjadi, saya akan tetap memberi sokongan kepada parti terutamanya dalam memperjuangkan hak rakyat,” katanya.

Bertugas sebagai wartawan melebih sembilan tahun, Yunna memaklumkan beliau menjadi antara  saksi kepada pertukaran kerajaan yang berlaku dalam negara kita.

Justeru, beliau mahu memainkan peranan terutamanya dalam mewujudkan Malaysia Baru yang lebih baik.

Yunna boleh dikatakan sebagai selebriti berpengaruh dalam media sosial dan dilaporkan mempunyai lebih 83,000 pengikut di Facebook.

Tiada ulasan: