Sabtu, 4 Ogos 2018

AMANAH mengejar kecemerlangan



AMANAH mengejar kecemerlangan

Parti Amanah Negara (AMANAH) bercita-cita untuk mengembalikan Islam sebagai simbol kecemerlangan, rahmat dan kasih sayang serta simbol kecekapan, demikian tegas AJK Tertingginya Hanipa Maidin.

Beliau berkata, hari ini AMANAH memiliki pasukan kepimpinan amat bersemangat untuk melakarkan satu ‘horizon’ baru Islam yang bersandarkan kepada agenda mengejar kecemerlangan.

“Selama ini, kami lihat ramai Muslim yang kelihatannya agak lebih selesa meletakkan Islam di belakang keluk ( behind the curve ) dan hanya selesa dengan budaya ” mediocrity”.

“Kami, dalam Parti Amanah, dengan izin Allah, berhajat untuk menempatkan Islam duduk di hadapan keluk ( we wish to put Islam ahead of the curve ).

“Itulah HARAPAN Kami meskipun ada orang yang berminat kepada “ABAH” (asal bukan Harapan),”kata beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Tiada ulasan: