DETIK DAILY
POKOK SENA: Siapa tidak kenal Radhi Mat Din.
Nama besar dalam arena bola sepak tanahair satu ketika dahulu itu
kembali mendapat perhatian apabila dikaitkan dan disebut-sebut sebagai
individu yang bakal dicalonkan sebagai calon Parti Islam Semalaysia
(Pas) Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Radhi ketika ditemui Astro AWANI mengakui, dia ada membantu parti itu
dengan mendekati golongan muda dan masyarakat melalui sukan bola sepak.
“Secara jelas, saya tak dapat apa-apa bayangan dari parti. Cuma arahan
daripada parti adalah, kalau boleh tolong bantu parti seperti mendekati
anak muda dan sebagainya.
"Kita sebagai salah seorang ikon bola sepak, bercakap dari sudut itulah, sudut sukan.
"Ia lebih kepada hendak mendekati anak muda di samping bersukan dan ada
peranan lain yang kita patut beri untuk masyarakat dan agama," katanya
Walaupun kehidupannya berkisar ke arah sukan bola sepak, namun Radhi
mengakui sentiasa mengikuti perkembangan politik terutama di Pokok Sena.
Menyentuh mengenai dakwaan bahawa dia akan bertanding, Radhi mengakui bahawa dia bersedia.
Radhi yang terkenal dengan gelaran 'Kapten Marvel', merupakan kapten
bola sepak Kedah paling lama berkhidmat dalam sejarah, bermula dari
tahun 1991 hingga 2000.
Antara pencapaian membanggakan sebagai pemain adalah membantu pasukan
Kedah menjulang Piala Malaysia buat kali pertama pada 1990, diikuti pada
1993.
Radhi juga merupakan tonggak penting semasa Kedah muncul juara berganda
pada 2007 dan 2008 sebagai penolong jurulatih skuad itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan