SHAH ALAM: Harga runcit bagi RON95, RON97 dan diesel terus mencatatkan penurunan pada minggu ini.
Harga baru itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Twitter rasminya, hari ini.
Bagi tempoh 22 Februari hingga 28 Februari, RON95 akan dijual pada
harga RM2.17 seliter, RON97 dijual dengan harga RM2.43 seliter dan
diesel pula RM2.13.
Minggu lalu menyaksikan RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 sen dan 11 sen manakala diesel pula berkurangan 12 sen.
Penetapan harga petrol dan diesel dibuat secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan