OLEH SYAZWANI SUFIAN
KUALA
SELANGOR: Pemimpin UMNO seharusnya memberi sokongan penuh
kepada Kerajaan Negeri selepas hampir 20 tahun isu rumah terbengkalai
Alam Mutiara dan Alam Utama Bukit Cerakah dapat diselesaikan pimpinan
kini.
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Rumah Terbengkalai
Alam Mutiara daan Alam Utama Bukit Cerakah, Umar Ali Bashah berkata,
segelintir pemimpin UMNO harus terima hakikat bahawa mereka tidak
berjaya menyelesaikan masalah itu sejak 20 tahun lalu kerana terlalu
mementingkan diri.
“Selepas
penantian selama 20 tahun selesai, mengapa masih ada pemimpin UMNO yang
pertikai sedangkan masalah ini berlaku ketika zaman mereka dan pemimpin
ketika itu tidak dapat selesaikannya.
“Jika
Selangor masih di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional, pasti tanah
ini dilelong bank dan institusi pemberi pinjaman,” katanya ketika
sidang media di Bukit Kuching Tengah, Jeram, di sini, pada 20 Februari
lalu.
Umar berkata, hanya 987 peneroka daripada 1063 sahaja yang
berhak mendapat rumah dan 76 peneroka selebihnya menjual lot rumah
kepada pemaju lama.
Katanya 358 daripada 987 peneroka itu tidak sempat melihat rumah terbabit siap dibina kerana sudah meninggal dunia.
“Kami
bersyukur kerana akhirnya projek terbengkalai ini dapat diselesaikan
dan menerima RM180,000 wang pampasan serta sebuah rumah dengan harga
RM250,000.
“Selepas siapnya rumah itu, ia akan bernilai tidak
kurang dari RM450,000. Ini bermakna kita mendapat wang pampasan dan aset
keseluruhan berjumlah RM630,000,” katanya,
Beliau turut
melahirkan rasa syukur kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato’
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kerana berjaya menyelesaikan
masalah itu hingga berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan