SHAH ALAM: Johor Darul Ta'zim (JDT) membuktikan mereka raja bola sepak
tanah air ketika ini apabila merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat
kali pertama selepas menewaskan juara bertahan Kedah 2-0 pada aksi final
di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Dua gol pada setiap babak menerusi jaringan Aidil Zafuan Radzak dan
Gonzalo Cabrera memastikan trofi itu kembali menuju ke selatan tanah air
selepas Johor muncul juara pada 1985 dan 1991.
Gelaran itu melengkapkan kabinet trofi JDT sejak ditubuhkan pada 2013
apabila mereka merangkul kejuaraan Liga Super 2014, 2015, 2016 dan 2017,
Piala FA 2016, Piala Sumbangsih 2015 dan 2016 serta Piala AFC 2015.
Memetik laporan BH Online, perlawanan akhir ini disaksikan 80,000
penyokong ibarat pertemuan buku dengan ruas apabila JDT mahu memburu
gelaran kedua musim ini selepas meraih kejuaraan Liga Super kali keempat
berturut-turut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan