Jumaat, 10 November 2017

'Bantu Pemuda BERSATU guna ARMADA, bukan amaran'

MALAYSIAKINI
 


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), sebagai sebuah agensi bebas, sewajarnya membantu Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menggunakan nama pilihannya, Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan bukannya memberi amaran bahawa parti itu boleh dibatalkan pendaftaran.

Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan menggesa  demikian ekoran amaran Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim, bahawa penggunaan singkatan nama ARMADA adalah tidak sah kerana tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan parti itu.

"Tidak sepatutnya ROS bersikap sedemikian yang seolah-olah mahu mengusutkan keadaan, dengan mewujudkan permasalahan remeh seperti itu," katanya dalam satu kenyataan.

"Dalam isu penggunaan singkatan ARMADA, ROS sewajarnya bertanggungjawab untuk membantu agar penggunaan nama tersebut dapat digunapakai secara sah.

"Lebih-lebih lagi difahamkan PPBM telah membuat permohonan tersebut secara rasmi namun masih tidak ada respon dari ROS," kata Sany.

Anggota Majlis Tertinggi BERSATU, Tariq Ismail semalam mendakwa BERSATU telah menghantar pindaan perlembagaan parti, termasuk penggunaan nama ARMADA dan Srikandi, yang diluluskan majlis pimpinan tertinggi pada Julai lalu kepada ROS.

Tetapi, sehingga sekarang tiada jawapan dari ROS, katanya di Facebook semalam.

Manakala Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman mengesahkan beliau telah menerima surat bertarikh 7 November dari ROS, untuk disiasat berhubung kes itu.

Tiada ulasan: