Sabtu, 17 Jun 2017

Siswa maut langgar belakang lori

Siswa maut langgar belakang lori
Keadaan mayat mangsa di tempat kejadian.


BEHRANG - Seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Besar Behrang Ulu-Behrang Stesen, semalam.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa, Nurul Fizatul Atiqah Hussain, 22, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian.

Katanya, kejadian berlaku apabila lori dipandu seorang lelaki yang juga kontraktor sebuah syarikat utiliti memberhentikan kenderaannya di bahu jalan atas urusan penyelenggaraan kabel elektrik.

“Manakala mangsa yang menunggang motosikal jenis Yahama Nouvo dipercayai dari Upsi dalam perjalanan ke Behrang Stesen.

“Setiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori berkenaan,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, pertembungan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan lanjut sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga mangsa bagi urusan pengebumian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

Tiada ulasan: