Oleh YB Hajah Fuziah Salleh
Kajian yang dibuat oleh Prof. Datuk Dr Azizan Abu Samah dari Universiti Malaya menunjukkan bahawa perbezaan suhu antara kawasan bandar dengan luar bandar telah meningkat pada kadar 0.4 darjah celsius bagi setiap tempoh 10 tahun, diikuti juga dengan kekerapan banjir kilat yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Kajian turut menyebut bahawa Kuala Lumpur merupakan bandar yang terjejas dengan impak alam sekitar yang terhasil daripada pembangunan fizikal diluar kawalan.
Tidak hairanlah jika baru-baru ini, penduduk kawasan Taman Tun Dr. Ismail membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghapuskan sebahagian besar Taman Rimba Kiara yang merupakan kawasan hijau yang berlatar belakangkan tanaman pokok, semata-mata untuk membangunkan rumah flat, apartment mewah dan lebuh raya enam lorong.
Sepatutnya pihak berkuasa negeri dan tempatan harus mempunyai garis panduan yang 'sustainable' (lestari) mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, bagaimana setiap pekan dan bandar di negara ini boleh dibangunkan yang kemudiannya perlu diwartakan dan diselia dengan ketat.
Meskipun kepadatan penduduk merupakan faktor peningkatan permintaan pembangunan, namun pandangan saya, pentadbiran kerajaan Umno BN selama ini gagal merancang pembangunan fizikal dengan begitu baik, termasuklah dengan hanya menumpukan sesuatu tempat yang kecil untuk dibangunkan.
Natijahnya, rakyat hidup dalam masyarakat yang terlalu padat dan bersesak, apatah lagi jauh dengan pembangunan berorientasikan alam sekitar gara-gara musnahnya kawasan pokok dan landskap tasik untuk didirikan bangunan pencakar langit. Pembangunan sebegini bercanggah dengan konsep 'sustainable development' dan hanya akan membebankan generasi anak cucu kita kerana merekalah yang akan menanggung bebannya dikemudian hari.
Bukankah Kerajaan Persekutuan sepatutnya merancang pembangunan dengan adil dan saksama, dalam pada masa yang sama meneliti impak keatas alam sekitar?
Di Malaysia, kemajuan seolah-olah hanya dapat dilihat di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia, manakala negeri-negeri di Utara dan Timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak tidak dilihat mencapai pembangunan yang 'standard'.
Ini masih boleh dilihat kerana terdapatnya infrastruktur asas yang tidak disediakan seperti bekalan air bersih, hospital dan jalan raya.
Apabila pembangunan hanya ditumpukan di sesuatu tempat, maka penerokaan hutan di sekitar kawasan tersebut akan berleluasa dan akhirnya masyarakat yang akan tinggal di situ akan menghadapi kesan kemusnahan alam sekitar yang negatif.
Impak “pulau haba bandar” misalnya akan menyebabkan kenaikan suhu persekitaran meningkat dan akhirnya warga metropolitan terpaksa hidup dalam keadaan lebih panas berbanding warga desa.
Bayangkan dengan keluasan Bandaraya Kuala Lumpur yang begitu besar, bagaimana mungkin kemusnahan alam sekitar tidak menjejaskan warga kota?
Sepatutnya konsep pembangunan lestari dapat diberi perhatian dengan memberi penekanan terhadap keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semulajadi bagi membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.
Seharusnya konsep pembangunan lebih adil diterapkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk bersama-sama membangunkan kesemua negeri dalam Malaysia tanpa meminggirkan mana-mana negeri sekalipun.
Jika sedikit peruntukan pembangunan Kuala Lumpur dapat diagihkan awalnya kepada Kangar, Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching, maka kawasan Lembah Klang tidak perlu sebegitu padat dan penuh sesak dengan bangunan.
Dengan bilangan penduduk yang kurang kerana orang luar bandar tidak perlu bermigrasi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan (memandangkan setiap negeri mempunyai bandar yang maju), berkemungkinan Kuala Lumpur akan mempunyai kawasan hijau yang lebih luas dan pembangunan yang teratur.
Tiada kesesakan lalu lintas, berpuluh ribu kenderaan melepaskan karbon dan juga kawasan hutan untuk dibotakkan. Lantas kenaikan suhu dan bencana alam tidaklah menjadi isu kritikal seperti yang dilihat sekarang.
Meskipun keadaan dikatakan “nasi sudah menjadi bubur”, masih ada harapan untuk memulihara alam sekitar asalkan melalui tekad politik dan kesungguhan yang kuat.
*YB Hajah Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan. Parti KEADILAN Rakyat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan