shahbudindotcom
Dalam
reaksinya berkaitan bayaran RM9.5 juta yang dibuat oleh Najib Razak
kepada peguam Shafee Abdullah sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak
Report, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menjemput pengendali portal
berkenaan, Claire Rewcastle Brown untuk datang ke Malaysia bagi
membantu siasatan.
Reaksi
Khalid itu secara langsung memberi gambaran bahawa pihak polis mula
tergerak hati untuk melakukan siasatan, barangkali bukan saja kerana
sudah banyak laporan polis dibuat mengenainya, bahkan sebenarnya itulah
juga keinginan majoriti rakyat.
Rakyat hanya ingin melihat kebenaran akhirnya terungkai dan tidak lagi diselindungkan.
Tetapi,
untuk Claire datang ke negara ini tentunya agak mustahil kerana ada
beberapa waran tangkap terhadapnya atas dakwaan "mengganggu demokasi
berparlimen" dan "menyebarkan berita palsu".
Jika
beliau setuju datang ke Malaysia untuk membantu siasatan sebagaimana
yang diminta oleh Khalid, pastinya sesampai saja di KLIA sudah ada
anggota polis yang akan mencekupnya.
Ia tidak ubah seperti beliau "menyerah lehernya sendiri" kepada pihak polis.
Dengan
bersetuju menerima jemputan Khalid itu, belum tentu kehadirannya dapat
membantu siasatan, sebaliknya penangkapan dan pendakwaan akan berjalan
terlebih dahulu.
Akhirnya, mungkin siasatan tidak akan ke mana-mana.
Lantaran itu, sesiapa pun yang berada di tempat Claire, mereka tidak mungkin akan memenuhi jemputan Khalid itu.
Tetapi
Khalid nampaknya telah menunjukkan kepada rakyat keinginan beliau untuk
melakukan penyiasatan berhubung dakwaan wang RM9.5 juta yang melibatkan
Najib dan Shafee itu.
Dalam
itu, jika Khalid kekal dengan keinginan untuk melakukan penyiasatannya,
beliau yang sebaliknya kena bersetuju dengan tawaran Claire itu pihak
polis Malaysia datang ke UK untuk menemubualnya.
Kata
Claire, beliau sedia untuk menjawab apa juga soalan daripada polis
Malaysia sekiranya Khalid menghantar anggotanya untuk bertemunya di UK.
Saya juga percaya detektif Bukit Aman tidak sukar mencari jalan untuk berhubung dengan saya sekiranya mereka mahu, katanya lagi.
Selain
itu, Claire juga mengatakan maklumat yang didedahkannya selama ini
bukanlah rahsia bagi Khalid sebagai salah seorang anggota pasukan
petugas khas menyiasat 1MDB kerana "tiada apa yang beliau tidak tahu
mengenainya."
Dokumen
berkaitan juga pasti ada di atas mejanya dan beliau memiliki
salinannya, walaupun keputusannya sebelum ini....menutup siasatan,
tambah Claire.
Namun
demikian, sekiranya benar Khalid ingin melakukan siasatan dan membuat
perbandingan antara dokumen yang dimilikinya dengan apa yang ada dalam
pengetahuan Claire, beliau tidak ada pilihan lain selain segera
menghantar anggota polis ke UK bertemu dengan pengendali Sarawak Report
itu.
Segala-galanya
kini di tangan Khalid kerana Claire sudah membuat tawaran terbuka untuk
membantu siasatan, tetapi ia mesti dilakukan di UK, bukan di Malaysia.
Khalid
tiada alasan untuk menolak tawaran Claire jika beliau masih kekal
dengan keinginan yang sama untuk melakukan penyiasatan dan memberitahu
kebenaran kepada 31 juta rakyat Malaysia tentang wang RM9.5 juta itu.
Selebihnya, bank yang terlibat, Najib dan Shafee - semuanya ada di Malaysia.
Sediakah Khalid berbuat demikian?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan