Menteri kerja raya itu berkatam isu berkenaan sudah
dibawa ke mesyuarat Kabinet semalam, di mana ketua menteri Sarawak dan
timbalannya sudah menemui perdana menteri.
KUALA LUMPUR: Pertikaian antara pemimpin Barisan Nasional berhubung isu cukai pelancongan sudah selesai, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menteri kerja raya itu berkata, isu berkenaan dibawa ke mesyuarat Kabinet semalam dan ketua menteri Sarawak bersama timbalannya sudah menemui perdana menteri.
“Semalam kita adakan mesyuarat Kabinet, sudah diputuskan. Kita sudah selesaikan,” katanya ketika membuat tinjauan di Lebuhraya Persekutuan hari ini.
Bagaimanapun, Fadillah enggan mengulas lanjut mengenai maksud di sebalik “selesai” itu.
“Saya tidak minat untuk komen mengenai isu itu kerana apa-apa yang berlaku di dalam mesyuarat Kabinet, saya tidak akan dedahkan kepada umum.”
Hujung minggu lalu, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga menteri pelancongan, kesenian, budaya, belia dan sukan Sarawak menyifatkan pelaksanaan cukai pelancongan adalah contoh Putrajaya mengenakan undang-undang cukai ke atas Sarawak tanpa rundingan.
Kenyataan itu mengundang kemarahan Nazri yang berkata, Sarawak tidak mempunyai banyak hotel, oleh itu hasil cukai itu boleh menguntungkan negeri berkenaan serta menyifatkan Karim sebagai menteri “setahun jagung”.
Keesokannya, kerajaan negeri Sarawak menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, selepas Nazri membidas Karim.
Dalam pada itu, Fadillah berkata, hubungannya dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz masih kekal.
Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu dilaporkan berkata, tindakan melabelkan pemimpin parti komponen BN sebagai samseng juga tidak wajar kerana ia adalah satu penghinaan kepada individu terbabit, selain boleh menjejaskan imej parti kerana samseng bukan budaya BN.
April lalu, ketika berbahas di Dewan Rakyat untuk meluluskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017, Nazri dilaporkan berkata, cukai pelancongan boleh memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta jika kadar penginapan bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%.
Cukai itu akan dikuatkuasakan 1 Julai ini di semua hotel dan rumah penginapan berdaftar dengan bayaran tambahan RM2.50 hingga RM20 bagi penginapan semalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan