SHAH ALAM: DAP Sarawak hari ini memfailkan saman memohon mahkamah supaya menangguhkan pilihan raya kecil Pujut.
Menurut saman pemula yang dilihat oleh Malaysiakini, Dr Ting Tiong
Choon mahu kehilangan kelayakannya sebagai ADUN Pujut diisytiharkan
tidak sah.
Dr Ting juga memohon pengisytiharan Mahkamah Tinggi Kuching untuk
menangguhkan keputusan kehilangan kelayakannya dan pilihan raya kecil
itu, sehingga mahkamah membuat keputusan.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan hari penamaan calon
pada 20 Jun, manakala pengundian akan dijalanlan pada 4 Julai.
Pada 12 Mei lalu, Dr Ting dilucutkan keahlian dewan serta-merta
mengikut Perlembagaan Sarawak, kerana memiliki dua kewarganegaraan -
Malaysia dan Australia.
Pada pilihan raya negeri ke-11 Mei tahun lalu, calon DAP itu menang
dengan majoriti 1,759 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hii
King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan