Jumaat, 16 Jun 2017

DAP Penentu Jawatan Tun M Sebagai PM

Khairul Amir

DAP

UMUM pastinya sudah mengetahui hasrat dan keinginan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Mahathir pada mulanya seakan-akan tidak berminat untuk kembali menjawat jawatan yang pernah disandangnya itu selama 22 tahun.

Namun, Pengerusi PPBM itu tiba-tiba mengubah hasratnya dengan memaklumkan sedia menimbangkan kembali menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan mahu beliau berbuat demikian.

Adakah Mahathir betul-betul mengimpikan jawatan Perdana Menteri?

Atau, terdapat agenda bekas Perdana Menteri yang ingin direalisasikannya jika kembali menjawat jawatan itu?

Pada 9 Jun 2017, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan difahamkan bersetuju memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan.

Difahamkan, mesyuarat itu masih lagi buntu dan gagal memuktamadkan siapa sebenarnya calon Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Harapan.

Seminggu sebelum itu, Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat perkara yang sama di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

9 Jun 2017 pula, Datuk Zaid Ibrahim yang kini bersama dalam DAP menyatakan PPBM patut mengetahui Pakatan Harapan.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak mentah-mentah oleh PKR sekali gus memperlihatkan tiada kesepakatan dalam pakatan itu.

Siapa sebenarnya pilihan DAP untuk jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang?

DAP dilihat cenderung untuk memilih Anwar.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah mengangkat plakad menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri ke-7.

Namun, Mahathir dilihat masih lagi mahu memujuk dan menagih simpati DAP untuk menyokongnya kembali menjadi Perdana Menteri.

Pada 1 Jun 2017, kali pertama Mahathir menyatakan hasratnya untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Hasrat itu dinyatakan Pengerusi PPBM itu dalam satu temubual di Facebook.

Pada 6 Jun pula, Mahathir menyatakan hasratnya buat kali kedua untuk kembali menjawat jawatan Perdana Menteri dalam satu wawancara di Nikkei Asian Review, Jepun.

Sampaikan ke Jepun Mahathir menyatakan hasratnya untuk kembali menjadi Perdana Menteri.
Adakah maksudnya itu?

Maksudnya adalah, Mahathir sememangnya ingin kembali menjawat jawatan itu dan untuk merealisasikannya Mahathir perlu memujuk DAP.

Adakah Mahathir sedang memujuk DAP?

Kenapa Mahathir perlu memujuk DAP?

Ini kerana, PKR tidak mahu Mahathir menjadi Perdana Menteri kerana pilihan PKR tetap Anwar.

Kit Siang sebelum ini menyatakan Anwar yang ketika ini masih dipenjarakan, tetap menjadi pilihan untuk dilantik ke jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, kerana Anwar masih menjalani hukuman kerana meliwat, orang lain perlu dipilih untuk menjadi Perdana Menteri sementara.

Ianya bagi menunggu Anwar dibebaskan dan dari bunyi kenyataan Kit Siang itu, orang itu tetap bukannya Mahathir.

Mungkin DAP sudah nampak keupayaan sebenar Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz.

PPBM parti yang baharu setahun jagung ditubuhkan pun tidak ke mana mana.

Ramai ahli yang lari, keluar parti, bergaduh sama sendiri dan mula mempertikai kekayaan Mahathir dan skandal Muhyiddin.

Adakah wujud usaha dari parti dalam Pakatan Harapan sendiri untuk memusnahkan PPBM?
Perkara ini adalah tidak mustahil sama-sekali

Ini kerana, untuk perebutan jawatan Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan, musuh utama PKR kini bukannya UMNO, tetapi Mahathir.

Musuh dan penghalang Mahathir hendak menjawat kembali jawatan Perdana Menteri bukan UMNO, tetapi PKR.

Sekarang ini, PPBM dan PKR berlumba-lumba hendak memujuk hati DAP.

Apa pun berlaku, DAP sebenarnya yang membuat keputusan dalam Pakatan Harapan.

Soal lukisan logo pun, DAP yang menentukannya. Apatah lagi soal siapa hendak menjadi Perdana Menteri.

Kenapa DAP yang menentukannya?

Semua sedar, DAP merupakan parti yang paling banyak kerusi dan berkuasa dalam pakatan itu.
DAP juga ada agenda lain selepas itu.

Sesiapa pun yang menjadi Perdana Menteri, DAP akan mempergunakannya, kerana mungkin selepas itu orang yang jadi Perdana Menteri adalah DAP.

Adakah PKR juga sedang memujuk DAP supaya kekal dengan keputusan memilih Anwar sebagai Perdana Menteri dan tidak terpedaya dengan Mahathir?

Kuasa kini berada di tangan DAP.

Anwar atau Mahathir, siapa yang jadi pilihan DAP?

Siapa yang pandai memujuk dan mengikut apa yang diinginkan DAP pasti menjadi pilihan parti itu terutama Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

Adakah Mahathir berjaya memujuk DAP?

Yang pastinya, PKR dan PPBM tidak akan berdiam diri. Siapa yang akan berjaya?

Kemelut Pakatan Harapan akan tetap berpanjangan.


Tiada ulasan: