Pernahkah anda mendengar DAP menganjurkan majlis berbuka puasa dan mengedarkan kurma secara percuma semasa bulan Ramadhan sebelum PRU 2008, soal Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar.
“Kawasan aku pun ada cawangan DAP tapi sebelum 2013 tak pernah dengar sekali pun DAP anjur majlis buka puasa jamu Melayu-Islam makan.
“Lim Kit Siang dah berpuluh-puluh tahun jadi wakil rakyat… Sejak mula dia jadi wakil rakyat sehingga sebelum PRU 2008, agak kamu berapa kali dia anjur majlis buka puasa dan berapa kilo kurma dia dah agih kepada oramg Islam setiap kali Ramadhan?,”soalnya dalam Facebook.
Namun, kata Azizi, selepas PRU 2008, DAP telah menukar strategi parti mereka dengan berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis berbuka puasa dan membahagikan kurma secara percuma.
“Kenapa baru sekarang DAP ghairah nak tunjuk mereka mesra Islam? Kenapa baru sekarang DAP anjur majlis buka puasa dan agih kurma di bulan Ramadhan?
“Kenapa baru sekarang DAP kalut nak masuk masjid bagi tazkirah, dan masuk kampung bagi bantuan periok belanga?
“Mengikut hikayat, Portugis boleh tawan Kota Melaka kerana ada orang dalam tolong buka pintu kota…
Kini DAP boleh masuk ke dalam komuniti Melayu kerana ada Melayu juga yang membuka lorong … jangan lupa agenda politik DAP tidak terpadam bila mereka jamu Melayu makan… jangan perut kenyang otak jadi jem hingga tak nampak muslihat DAP,”katanya lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan