Oleh: Awang Saribu.
Gambar muka hadapan akhbar Sungai Besar Kini yang diletakkan di masjid -masjid hari ini.
SABAK BERNAM :Jemaah beberapa masjid sekitar Sunai Besar di sini ' gempar ' seketika kerana akhbar Sungai Besar Kini, edisi 5 terbitan 2 Jun - 22 Jun 2017 yang diterbitkan oleh UMNO Bahagian Sungai Besar diletakkan di bahagian beranda masjid mereka selepas solat jumaat.
Akhbar ' percuma ' tersebut dipercayai diletakkan ketika jemaah sedang solat jumaat hari ini oleh orang tidak dikenali dengan mendapat imbuhan khas dari pihak-pihak tertentu .
Beberapa orang jemaah sebuah masjid memberitahu, ketika solat Jumaat dilakukan mereka ada mendengar bunyi motorsikal meninggalkan pekarangan masjid, sedangkan solat Jumaat belum lagi selesai.
Kandungan akhbar Sungai Besar Kini selain dari menyiarkan gambar-gambar aktiviti UMNO Bahgian Sungai Besar yang diketuai oleh Dato' Seri Jamal Md. Yunus, turut menyiarkan komen dan menyanggah apa yang diterbitkan oleh akhbar Selangor Kin berhubung dengan kaji selidik oleh Institut Darul Ehsan ( IDE ).
Seorang jemaah berkata,penafian PM tidak menjual negara seperti dimuatkan dalam akhbar Sungai Besar Kini adalah merupakan ' berita lapuk ' dan seperti mahu membodohkan pembacanya..
" Apakah pihak UMNO beranggapan kami masih lagi berada dalam era akbar bercetak dan tidak membaca portal2 berita internet tiap hari ?
" Kalau itulah anggapan mereka, memang ternyata silap besar !. Kerana kalangan orang muda pada masa ini sudah bijak memilih berita dan mereka sentiasa lekat dengan internet , " ujarnya sambil menunjukkan telefon bimbitnya yang mempunyai akses internet.
Seorang jemaah dipercayai penyokong parti PAS pula berharap agar UMNO jangan mengutuk parti pembangkang sahaja kononnya menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik, tetapi patut sama melihat apa yang dilakukan oleh UMNO bahagian Sungai Besar itu.
" Dato Noh kena tenguk-tenguk juga UMNO bahagian Sungai Besar yang telah mengedarkan akhbar Sungai Besar Kini ke masjid-masjid . Kerana beberapa edisinya masa lalu telahpun diedarkan di kawasan sini,
" Jangan sampai nanti ada pihak yang menempelak ' tepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri ." ujarnya yang merupakan seorang jawatankuasa masjid dan enggan memberitahu namanya..
Tajuk berita dalam akhbar Sungai Besar Kini yang dianggap sebagai berita lapuk oleh jemaah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan