Bekas ketua penyelaras Pemuda PPBM Melaka mendakwa parti itu tidak menjaga kebajikan ahli dan tidak menghargai khidmat mereka
ALOR GAJAH: Seramai 200 orang anggota PPBM Melaka hari ini bertindak meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap hala tuju dan perjuangannya.
Bekas ketua penyelaras Pemuda PPBM Melaka Mohd Hazif Iskandar Mohd Jamil berkata beliau dan anggota lain memutuskan untuk kembali kepada perjuangan Umno dan Barisan Nasional.
“Kami membuat keputusaan secara rela hati dan tanpa paksaan kerana ingin kembali ke pangkal jalan setelah hampir setahun berjuang melawan arus,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa Umno bahagian Masjid Tanah di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh yang juga Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah.
Mohd Hafiz, 32, berkata beliau dan rakan-rakannya memilih kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu yang dapat memperjuangkan kepentingan rakyat.
Beliau mendakwa kepimpinan PPBM tidak menjaga kebajikan anggota dan hanya mengguna khidmat mereka terutamanya anggota muda tanpa menghargainya.
“Selepas selesai mengguna kami…mereka (pemimpin PBBM) nak ucapkan terima kasih pun susah… hanya mencari kami apabila mereka perlukan tenaga kami,” katanya sambil memberitahu bahawa lebih ramai lagi anggota PPBM dijangka menyertai semula Umno.
Sementara itu, Ab Rauf mengucapkan terima kasih kepada Mohd Hafiz dan rakan-rakannya kerana kembali menyetai Umno.
“Umno merupakan parti unggul yang sejak 60 tahun lepas berjaya menguruskan masyarakat…hanya Umno mampu menentukan masa depan anak bangsa dan negara. Parti lain tidak mampu berjuang seperti Umno,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan